
Rabu , 04/10/06 –Kedai dan sekolah persendirian di West Bank ditutup akibat mogok umum yang ditunjukkan oleh Abbas daripada parti Fatah selepas berlalunya beberapa hari penting yang melibatkan pergaduhan antara penyokong daripada kedua-dua parti Hamas dan Fatah. Sebagai balasan, pihak Hamas menutup semua kementerian kerajaan bagi menunjukkan bantahan terhadap tindakan Fatah yang menyerang bangunan-bangunan kerajaan.
Gaza menjadi medan peperangan antara penyokong-penyokong Fatah dan Hamas apabila 8 orang terbunuh dan lebih daripada 60 orang cedera pada Ahad lalu. Arahan-arahan daripada Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh dan Abbas supaya menghentikan peperangan tidak diendahkan oleh kedua-dua pihak malah mereka lagi bersemangat untuk menembak pejabat Kementerian Pertanian pada pagi Isnin. Manakala para belia di Beit Hanoun, Utara Gaza, membaling batu ke rumah menteri Hamas.
Abbas mengkritik peperangan tersebut dan memerintahkan semua pasukan penyelamat berundur. Perintah tersebut dituruti oleh Menteri dalam Palestin dengan mengarahkan sebahagian daripada pegawainya berundur dari Gaza. Abbas juga memanggil pengawal untuk menyisat peperangan itu secara formal.
Pada lewat malam Ahad, isu yang dibincangkan oleh Abbas dan Haniyeh di telefon merupakan persetujuan mereka untuk mengambil apa sahaja tindakan bagi menghentikan pencerobohan dan memulakan perudingan tentang kesatuan kerajaan.
Haniyeh memberitahu wartawan di Gaza, “Kami (Abbas dan saya) teleh menyetujui bahawa semua parti perlu mematuhi undang-undang dan mereka tidak sepatutnya melibatkan diri lagi dalam apa jenis kelakuan yang boleh mencetuskan kekacauan.”
Haniyeh mengakui akan kepentingan untuk menyatukan semua parti politik dan berkata kepada pemberita, “Saya merayu kepada semua rakyat untuk pikul tanggungjawab ini dan mengabaikan perbezaan antara kamu, terutamanya apabila kita menghadapi eskalasi daripada pihak pemaksa yang mengancam untuk membesarkan peringkat agresi mereka.”
Pada hari Isnin lalu, Fatah melepaskan Samir Birawi yang merupakan Pegawai Kewangan Hamas setelah diculik dan mengandang keretanya sebagai tanda bantahan semasa pencerobohan di Gaza.