Categories
Berita Semasa

Mesir : Kerajaan sementara Mesir membatalkan pertubuhan Ikhwanul Muslimin

Jumaat,18-10-2013 – Majlis kabinet Mesir memutuskan untuk membatalkan Petubuhan Ikhwanul Muslimin daripada senarai rekod pertubuhan badan-badan bukan kerajaan (NGO) dibawah Kementerian Solidariti Sosial , ekoran keputusan mahkamah yang tidak rasmi dengan melarang sebarang aktiviti persatuan tersebut serta mana-mana cawangan yang berkaitan dengannya.

Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh kabinet bahawa keputusan itu dibuat berikutan “pelaksanaan penghakiman oleh mahkamah tentang perkara-perkara penting di Kaherah pada 23 September” lalu.

Dan kenyataan itu menambah “satu jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Kementerian Solidariti telah ditugaskan untuk menghapuskan dan mengharamkan Pertubuhan Ikhwanul Muslimin daripada senarai pertubuhan badan-badan bukan kerajaan di bawah Kementerian Solidariti, termasuk pengharaman dan sekatan semua harta dan entiti yang dijelaskan oleh undang-undang, dan jawatankuasa tersebut memutuskan lagi untuk membentuk jawatankuasa cawangan yang mewakili pertubuhan-pertubuhan tertentu untuk melengkapkan pelaksanaannya”.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : nur farhana