Categories
Berita Semasa

Tentera Israel Menahan Tiga Beradik di Pusat Pemeriksaan Tentera di Hebron

Jumaat,25-10-2013 – Tentera Israel menahan tiga beradik dari Hebron di selatan Tebing Barat selepas menghentikan mereka di pusat pemeriksaan tentera zionis dengan alasan mereka didapati memiliki pisau.

Menurut Azmi al-Shyoukhi, Setiausaha Agung Jawatankuasa Popular Palestin menentang pencerobohan, tentera Israel menahan tiga orang kanak-kanak,mereka ialah Mu’taz (17 tahun), Muhannad (15 tahun) dan Zine al-Deen al-Abidine (12 tahun) selepas menghentikan mereka di pusat pemeriksaan tentera zionis di pintu masuk selatan Hebron, Hagai dengan alasan mereka memiliki pisau.

Beliau menegaskan bahawa tiga kanak-kanak lelaki itu telah dipindahkan ke penempatan ‘Kiryat Arba’ semasa mereka kembali ke kota Hebron.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Nadhirah

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Nur Azleen