Categories
Berita Semasa

Tentera Israel menangkap anak2 ahli Parlimen Abu Gehisyeh dari Hebron

Jumaat,25-10-2013 – Pihak Zionis telah menahan Muadz, anak ahli parlimen Muhammad Mutlak Abu Gehisyeh dari bandar Idhna, barat bandar Hebron, selatan Tebing Barat petang kelmarin, Rabu (16/10).

Abu Gehisyeh berkata kepada wartawan ” Pusat Media Palestin” bahawa anaknya Muadz dalam perjalanan untuk sambutan di bandar Dura bersama isteri dan anaknya sewaktu pihak tentera memberhentikannya dan memeriksa keretanya serta kemudian menahannya.

Dan beliau berkata lagi, seorang anggota polis dari Pusat Tahanan Etzion, utara Hebron menghubungi keluarganya dan memberitahu bahawa Muadz berada di sana dan akan dipindahkan ke Penjara Ofer dalam tempoh dua hari akan datang.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : nur farhana