Categories
Berita Semasa

Abu Zuhri: Tiada persiapan lawatan Mishaal ke Iran

Isnin,28-10-2013 – Pergerakan Hamas berkata tidak ada persiapan untuk lawatan pengerusi biro politik Hamas, Khaled Mishaal ke Iran.Jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri dalam satu kenyataan Khamis lepas berkata tidak ada tarikh untuk lawatan sebelum ini supaya ia dibatalkan seperti digemburkan oleh beberapa media.

Akhbar Al-Quds Al-Arabi berpangkalan di London telah menerbitkan laporan untuk wartawan di Ramallah yang menyatakan Tehran telah memohon maaf kerana tidak dapat menerima Mishaal pada masa ini. Akhbar itu mendakwa pegawai-pegawai Iran telah menangguhkan lawatan memandangkan kesibukan mereka pada waktu itu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : hijjaz