Categories
Berita Semasa

Bantahan duduk tanda kesatuan dengan pelarian Palestin dan Syria di Gaza

Isnin,28-10-2013 – Jabatan Pelarian Gerakan Hamas telah menganjurkan bantahan duduk tanda kesatuan bersama pelarian Palestin dan Syria yang lemas di luar pantai Malta kerana melarikan diri dari Syria.

Jawatankuasa popular dan wakil kumpulan Palestin serta sejumlah pelarian Palestin yang lari dari Syria menyertai bantahan itu. Ketua Jabatan Pelarian, Isam Odwan menyatakan bahawa 300 badan pelarian Palestin dan Syria yang lemas di dalam bot yang tenggelam awal minggu lepas masih berada di lautan Itali itu. Beliau menyatakan negara-negara Arab bertanggungjawab melindungi pelarian Palestin dan Syria itu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nuridawati