Khamis, 21-11-2013 – Pertubuhan Kemanusiaan Antarabangsa melahirkan kerisauan dengan keadaan tahanan Palestin yang teruk, Akram Alvesasa di penjara Israel dan menggesa pihak berkuasa Israel untuk membebaskannya dengan segera.
Pertubuhan Hak Asasi Manusia ini menjelaskan bahawa kehidupan tahanan, Akram Yusuf Mohammed Alvesasa, 30 tahun dari bandar berhampiran Hebron di Tebing Barat terdedah kepada bahaya selepas dipindahkan ke hospital di Afula dan melakukan mogok lapar
selama 45 hari bagi membantah pembaharuan tahanan pentadbiran dan tidak membawa apa-apa tuduhan kepadanya oleh pihak berkuasa Zionis.
Dinyatakan bahawa pihak berkuasa Israel mengeluarkan lebih daripada 20002 keputusan tahanan pentadbiran dengan hak tahanan palestin sejak 28 September 2000. Bilangan yang hidup di bawah tindakan ini dianggarkan pada masa kini kira-kira 150 tahanan, dibahagikan
ke penjara ‘Negev’, ‘Megiddo’, ‘Ramon’, dan ‘Ofer’.
sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : nadhirah