Khamis, 21-11-2013 – Laman web akhbar ‘Yedioth Ahronoth’ di internet berkata, peperangan akan datang bersama pergerakan Hamas tidak akan menjadi mudah, bahkan akan menjadi lebih susah dan ganas daripada proses ( awan jalur) tahun lepas. Laman web yang memetik daripada
sumber keselamatan Israel menjelaskan bahawa walaupun Hamas mendedahkan kesempitan pada ketika ini, akan tetapi mereka mampu bersiap sedia menghadapi mana-mana tentera bahkan persiapan Hamas melebihi berpuluh-puluh kali berbanding persediaan mereka yang lepas. Peperangan kali ini sangat berbeza. Mereka membuat sendiri senjata daripada peluru berpandu jarak sederhana buatan tempatan.
Senjata ini melebihi senjata yang dimasukkan melalui (awan jalur) roket dari Tarao M75.
Laman itu juga menyatakan bahawa, mereka berada pada tahap tentera, dan Hamas merupakan satu organisasi yang membina kekuatan dengan cara tidak membenarkan pengaruh krisis yang dikaitkan dengan mereka, tidak berundur daripada persediaan terhadap mana-mana
penentangan akan datang walaupun sekali dan strategi yang dilakukan tentera Israel terhadap Ghaza disukai Hamas. Hamas lebih menyukai peperangan kecil dalam jarak masa yang panjang seperti yang dikatakan mereka.
Sumber yang sama menjelaskan bahawa pembuatan peluru berpandu jarak sederhana model M75 dikalangan Hamas termasuklah peluru berpandu yang jaraknya sehingga 70km berkembang dan berterusan tanpa halangan. Peluru ini mampu sampai ke seluruh Tel Alviv
sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : nadhirah