Categories
Berita Semasa

Tentera rejim Israel (IOF) menyerbu Jenin, pendatang memukul seorang budak lelaki di kampung berdekatan

Isnin, 06-01-2014 – IOF menyerbu bandar Jenin pada malam Rabu dan mengambilalih bumbung sebuah rumah untuk memantau pergerakan warga Jenin.

Sumber tempatan mengatakan bahawa tentera rejim berada di bumbung rumah Majd Tobasi selama berjam-jam setelah meronda jalan di kawasan Marah dan Jabariyat.

Manakala, sumber lain berkata, pendatang Yahudi dari penempatan Haramish yang dibina atas kampung Yabad selatan Jenin, menyerang dan memukul seorang kanak-kanak Palestin, Ahmed Abu Ermaila, pada Rabu malam. Mereka berkata, tentera rejim dan para pendatang dihantar ke kawasan dekat Yabad pada malam yang sama.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nuridawati