
Isnin, 06-01-2014 – Pertempuran ganas tercetus di kem pelarian Al-Aroub, di utara bandar Al-Khalil Rabu lalu selepas tentera Zionis Israel (IOF) melepaskan gas pemedih mata ke arah rumah dan menyerang penduduk Palestin.
Para saksi memberitahu pusat informasi Palestin (PIC) sejumlah besar tentera Israel menaiki lebih daripada 15 buah kenderaan menyerbu kawasan kem dan mula melepaskan gas pemedih mata secara rambang ke arah rumah yang didiami menyebabkan ramai penduduk Palestin mengalami sesak nafas.
Mereka menambah kemarahan pemuda kem pelarian membuak dengan bertindak balas terhadap tentera dengan melemparkan kembali kanister gas pemedih mata terhadap mereka dan menyerang menara tentera Israel di pintu masuk ke kem itu dengan molotov koktail.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : hijjaz