Categories
Berita Semasa

UNRWA: Israel hentikan projek pembinaan di Gaza

Selasa, 21-01-2014 – Pihak UNRWA berkata Israel enggan untuk membenarkan bahan-bahan pembinaan melepasi Karam Abu Salem menyebabkan projek pembinaan dihentikan di Semenanjung Gaza.

Robert Turner, pengarah operasi UNRWA berkata bahawa projek agensi itu bernilai suku bilion dolar dan telah berhenti kerana keengganan Israel untuk membenarkan bahan-bahan asas yang diperlukan memasuki Gaza.

Turner menyatakan dalam satu mesyuarat persatuan ahli perniagaan Palestin di Gaza pada hari Sabtu bahawa masalah utama adalah kegagalan dalam membawa bahan binaan ke Gaza walaupun sebelum ini mereka telah biasa dengan kawalan yang ketat bagi projek UNRWA ini.

Bagi kilang-kilang tempatan yang terjejas dengan bantuan daripada tepung dari Turki, dia menyatakan bahawa UNRWA terpaksa menerima penghantaran tepung dari Turki, dan bantuan ini adalah daripada perbelanjaan pengilang Gaza yang membuat tepung selepas menerima bijirin daripada agensi.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : mardhiah