
Selasa, 28-01-2014 – Perbandaran Israel di Baitulmuqaddis telah mengisytiharkan pada Selasa dengan niat untuk mewujudkan 1,700 unit perumahan baru di kawasan kejiranan selatan bandar itu.
Menurut akhbar Yediot Ahronot Ibrani, Jawatankuasa Perancangan dan Bangunan Israel bergabung dengan perbandaran jajahan akan membincangkan rancangan untuk kejiranan baru, yang akan dinamakan Moradot Arnona, pada hari Rabu.
Pelan ini datang tiga tahun selepas kelulusan Israel bekas Menteri Dalam Negeri Eli Yishai dan Datuk Bandar Nir Barkat untuk mengembangkan struktur perancangan Baitulmuqaddis dengan keluasan 290 lebih dunum (unit ukuran tanah), tambah akhbar itu.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : norsyuhada