Categories
Berita Semasa

Gara-gara Namakan Bayi Mursi, Perisik Palestin Tangkap Seorang Bayi

Selasa, 28-01-2014 – Badan Perisik Otoriti Palestin di Ramallah Rabu (22/1) memanggil bekas tawanan Palestin Abdul Halim Ghannam kerana dianggap bertanggungjawab memberikan nama bayinya dengan nama Muhammad Mursi, iaitu sama dengan nama presiden Mesir yang dikudeta.

Keluarga Abdul Halim (37) menegaskan, pihak perisikan menangkapnya dan enggan untuk membebaskannya. Isterinya, Ummu Umar menegaskan, suaminya mengalami masalah kesihatan teruk akibat sering ditangkap berkali-kali dan disumbat di penjara zionis selama lebih dari tujuh tahun. Beliau juga dipanggil dan ditangkap berkali-kali oleh badan keamanan Otoriti Palestin pimpinan Abbas setelah ia dibebaskan pada Mac tahun lalu. “Bukankah hak anak-anak saya untuk hidup memiliki ibu bapa seperti anak-anak lain di dunia ini” kata isterinya.

Abdul Halim Ghannam merupakan warga kem pelarian Jalzun di Ramallah. Beliau telah berumahtangga dan mempunyai tiga orang cahaya mata. Anak terakhirnya berusia kurang satu bulan. Israel pernah menangkap dan menahannya berkali-kali sehingga jumlah masa tahanan mencapai 7 tahun. Beliau dibebaskan Mac tahun lalu setelah 32 bulan dalam tahanan administratif.

sumber : COMES
penterjemah : Osman