
Selasa, 18-02-2014 – Status kesihatan tahanan yang lumpuh,Hamza Abu al-Haija, yang ditahan di penjara Shata semakin buruk akibat pelbagai kecederaan yang dialaminya ketika peperangan di khemah pelarian Jenin pada tahun 2002.
Keluarga Hamza menyatakan kebimbangan yang teramat tentang keadaan kesihatan Hamza yang mengalami kecederaan serius sebelum penahanannya. Serpihan peluru tertinggal di dalam badannya. Keluarganya turut menambah yang Hamza mengalami kesakitan anggota dalaman.
Hamza telah ditembak pada tahun 2002 ketika pencerobohan Israel di kem pelarian Jenin yang mengakibatkan beliau lumpuh. Keluarga Hamza menyeru agar Hamza diberikan rawatan sewajarnya. Manakala 5 pemogok lapar Palestin yang ditahan di hospital penjara Ramle telah menyeru rejim Israel untuk memberikan mereka kain kapan sebagai tanda keteguhan mereka untuk meneruskan mogok lapar sehingga tuntutan mereka dipenuhi.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nuridawati