
Jumaat, 21-02-2014 – Pemimpin Inisiatif Nasional Palestin, Dr. Mustafa Barghotsi menegaskan bahawa kerugian pihak Zionis di Tebing Barat terus bertambah akibat pemboikotan ekonomi. Hal tersebut disampaikan Mustafa Barghotsi sewaktu Persidangan Gerakan Pemboikotan Ekonomi untuk Produk Penjajah Zionis yang diadakan di Al Bira, Isnin (17/2).
Beliau mengatakan bahawa gerakan pemboikotan ini bukan hanya berjaya, tetapi telah memasuki tahap kritikal kepada Israel. Beliau menambah ada perluasan besar pada jumlah pihak pemboikotan rakyat dan sivil di Eropah. Dengan demikian, strategi yang menggabungkan antara perjuangan rakyat dan pemboikotan merupakan jalan utama untuk merubah situasi dan elemen perimbangan untuk kepentingan rakyat Palestin serta memaksa penjajah Zionis mengalami kerugian.
Mengenai dana 100 juta Shekel yang diperuntukkan pihak penjajah Zionis untuk melawan kempen pemboikotan, Mustafa Barghotsi mengatakan, “Ini membuktikan kejayaan kempen pemboikotan barangan Israel yang dijalankan.” Beliau bertanya, “Jika benar kempen ini gagal, apakah Israel akan memperuntukkan dana dan melakukan langkah-langkah perlawanan terhadap kempen pemboikotan ini?”
sumber : COMES
penterjemah : Osman