
Selasa , 04-03-2014 – Anggota Majlis Revolusi Gerakan Fatah, Ziyad Abu Ain menyatakan tentang sikap beberapa negara Arab yang bersedia untuk mengiktiraf Israel sebagai negara Yahudi, jika pihak otoriti Palestin mengiktirafnya.
Kepada akhbar Quds Press, Khamis (27/2) Abu Ain menyatakan, ada beberapa tindakan negara-negara Arab untuk mengelak tekanan Amerika, salah satunya mereka berusaha mengiktiraf Israel sebagai negara Yahudi jika Palestin mengiktirafnya.
Menurutnya, negara-negara Arab bukannya mendokong aspirasi Palestin, sebaliknya mereka cenderung lari dari tanggungjawab dan meletakkan beban kepada pihak Palestin semata-mata.
sumber : COMES
penterjemah : Osman