
Selasa , 04-03-2014 – Pengerusi biro politik Hamas, Khaled Mishaal, telah memperbaharui gerakannya dan penolakan seluruh rakyat Palestin untuk menyerahkan walau seinci daripada tanah bersejarah Palestin.
Mishaal, dalam satu ucapan melalui telefon semasa upacara perkabungan di perkampungan Hizma di timur laut Baitulmuqaddis pada petang Rabu lalu, mengatakan rakyat Palestin dengan semua puak-puaknya tidak akan menyerahkan walau seinci Palestin.
Pemimpin Hamas itu memberi bayangan bahawa beliau akan menolak sebarang kemungkinan keputusan daripada proses rundingan tajaan Amerika Syarikat di antara Pihak Berkuasa Palestin dengan Israel yang sedang berlangsung jika hasil rundingan menjurus ke arah penyerahan itu.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nur syarira