Categories
Berita Semasa

Isteri kepada tiga tahanan Palestin ditahan

Jumaat , 07-03-2014 –Pasukan tentera Israel (IOF) mensasarkan keluarga tahanan Palestin di mana isteri kepada tiga tahanan Palestin yang berasa di penjara Israel telah ditahan, menurut sumber hak asasi manusia Palestin.

Pusat Palestin untuk kajian banduan mengesahkan bahawa IOF menangkap isteri tahanan, Mahmoud al-Suweiti di pusat pemeriksaan tentera ketika beliau datang melawat suaminya baru-baru ini yang telah dipindahkan ke hospital penjara Ramle akibat kemerosotan kesihatannya. Tahanan al-Suweiti dihukum selama 22 tahun penjara.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nurul