
Rabu, 15/11/06 –
Wakil Ketua Dewan Kabinet dan juga Menteri Luar Negeri Kuwait, Syaikh Muhammad Shabah menyeru agar diberhentikan rundingan dan perjanjian dengan Israel dan juga berhenti dari hanya mengecam,mengkritik dan memprotes sahaja.
Shabah mengatakan seharusnya Arab mempunyai sikap untuk melawan (Israel). “Kita telah bosan dengan hanya mengecam,mengkritik dan memprotes. Sikap tegas dari negara-negara Arab perlu ada. Paling tidak kita perlu menghentikan semua rundingan dengan mereka(Israel)” tegas beliau kepada meja berita Kuwait.
Shabah berharap dengan kesungguhan Negara-Negara Arab terhadap pihak Zionis Israel. dan amat yakin dengan ketegasan Negara-Negara Arab terhadap Israel ini. Beliau juga berharap negara-negara Arab ini bertindak lebih dari sekadar memprotes,mengecam dan mengkritik.