Categories
Berita Semasa

Pesawat perang Assad terus mengebom kem pelarian Palestin di Syria

Rabu, 12-03-2014 –Pesawat perang Syria terus mengebom kem pelarian Palestin di Syria pada Selasa. Kumpulan pekerja untuk rakyat Palestin di Syria berkata bahawa pengeboman itu menyasarkan kem pelarian Daraa dan turut menyatakan yang para penghuni kem menderita akibat keadaan kesihatan dan kehidupan yang teruk. Ia berpunca daripada kesukaran untuk kemasukan makanan dan bahan perubatan serta serangan berterusan.

Kenyataan itu turut menambah bahawa kapal terbang tentera rejim Assad terbang rendah di ruang udara kem Khan Eshieh, manakala bunyi letupan kedengaran apabila bahan letupan dijatuhkan berdekatan kem itu.

Kumpulan itu mengesahkan bahawa tentera rejim yang berpangkalan di sekitar kawasan pelarian itu menghalang rakyat Palestin dari memasuki dan meninggalkan kem, terutamanya mereka yang membawa makanan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nur idawati