
Khamis , 13-03-2014 – Ribuan penduduk Palestin, Selasa (11/3) mengiringi jenazah syahid Saji Darwish (18) ke tempat peristirehatan terakhirnya di pemakaman kampung Baitain di Ramallah Timur.
Wartawan Pusat Informasi Palestina melaporkan ketika berangkat mengiringi jenazah syahid dari Hospital Ramallah menuju Universiti Berzeit, Ramallah Utara iaitu tempat Darwish menuntut di Fakulti Kewartawanan.
Para mahasiswa Universiti Berzeit turut serta mengiringi jenazah syahid Darwish. Begitu juga, para pimpinan Palestin dari segenap kumpulan pejuang turut serta mengiringi jenazah syahid. Pasukan zionis menembak mati Darwish setelah beliau membaling kenderaan zionis yang mengejarnya.
sumber : COMES
penterjemah : Osman