Categories
Berita Semasa

Tentera rejim Israel mencuri 43 ribu dollar daripada rumah warga Palestin

Jumaat , 11-04-2014 – Tentera rejim Israel telah mencuri sejumlah besar wang dan barang kemas daripada sebuah kediaman warga Palestin di Bandar Idna selatan al-Khalil di Tebing Barat.

Tentera rejim Israel telah menyerbu kediaman Jaber Al-Tameezi’s di bandar Idna dan memaksa keluarganya keluar selama berjam-jam sewaktu mereka menggeledah rumah itu. Setelah tentera rejim Israel keluar, mereka mendapati sejumlah besar wang dan barang kemas telah dicuri, sumber keselamatan Palestin memberitahu Akhbar Quds.

Sumber tersebut turut menyebut bahawa Al-Tameezi telah memfailkan bantahan di mana beliau mendakwa tentera rejim mencuri sejumlah wang dan cek berjumlah lebih kurang 150 ribu shekels (lebih kurang 43 ribu dollar) dan 200 gram barang kemas.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor idawati