Roket Al-Qassam Semakin Canggih, Penduduk Israel Ketakutan Meninggalkan Rumah


Rabu, 22/11/06 –
Pemerintahan Zionis Israel berada dalam dilema yang belum pernah terjadi sebelumnya, akibat tembakan roket-roket kumpulan pejuang Palestin yang terus digiatkan dengan menggempur wilayah penempatan Israel di bahagian utara Gaza.


Roket-roket Palestin tersebut mampu mencapai sasaran lokasi penting Israel, ketika Israel gagal menghentikan pejuangan rakyat walaupun pelbagai cara telah digunakan.

Sebaliknya, sebahagian besar dari tentera dan warga Israel, lari lintang pukang apabila menerima penangan roket pejuang Palestin. Sebagaimana terjadi di perkampungan Sederot, wilayah Palestin jajahan 1948.

Sumber maklumat Palestin menyebutkan, ratusan warga Sederot telah meninggalkan tempat tinggalnya, bahkan sebahagianya menyatakan tidak akan kembali lagi ke penempatan tersebut.

Berdasarkan sumber tersebut, lebih dari 70 rombongan warga Israel, Isnin (20/11) serentak meninggalkan Sederot. Kebanyakan mereka berpindah ke kota Umm Al-Rashrash atau biasa dikenali dengan Eilat yang terletak di pinggiran pantai. Mereka tinggal di hotel-hotel atau beberapa kawasan perumahan di wilayah tersebut, kerana takut terkena roket Al-Qassam.

Peningkatan kemampuan al-Qassam

Kelompok pejuang Palestin berusaha meningkatkan kemampuan roket masing-masing, hingga mampu mencapai jarak sehingga kawasan Israel. Sebahagian dari roket mereka ada mampu yang mencapai hingga ke Asqolan, dimana terdapat tempat-tempat strategik Israel.

Sebagaimana diakui oleh Israel sendiri, roket-roket Al-Qassam mengalami peningkatan kemampuan yang sangat cepat, melebihi piawaian biasa di samping ketepatan sasarannya. Roket-roket Al-Qassam juga mampu membawa bahan-bahan kimia dan hasil ledakan yang lebih dahsyat.

Bahkan akhbar Israel, Yedeot Aharonot, menyebutkan, menurut perkiraan tentera Israel, dalam beberapa bulan ke hadapan, roket-roket Al-Qassam akan semakin kuat dan daya jangkauannya semain jauh. Mereka menegaskan, gerakan Hamas memang telah mengembangkan keupayaan senjata tersebut dengan penuh perancangan.