Categories
Berita Semasa

Syeikh Qardhawi Nafi Pengusirannya Dari Qatar

Khamis , 24-04-2014 – Ketua Persatuan Ulama Kaum Muslimin, Syeikh Yusuf Qardhawi, Ahad (20/4) menafikan isu yang mengatakan bahawa beliau meninggalkan Doha menuju Tunisia dan menyebutnya sebagai berita bohong.

Melalui akaun twitternya, syeikh Qardhawi menyatakan isu yang beredar tentang perpindahan ke Tunisia atau negara lainnya adalah dusta dan tidak benar. Ia hanya harapan orang menganggur yang tidak akan tercapai insya Allah.

Syeikh Qardhawi menetap di Qatar lebih dari 53 tahun, beliau menyampaikan khutbah, ceramah dan kuliah. Beliau berasal dari Mesir namun memiliki kewarganegaraan Qatar. Akhir-akhir ini sering kedengaran keinginan Qardhawi berpindah dari Doha, sebagai tanda memperbaiki hubungan antara Saudi, Emirat Arab dan Bahrain dengan Qatar. Khutbah beliau dan sikapnya menentang kudeta militan di Mesir mendapat respon buruk dari pihak Emirat Arab dan Arab Saudi.

sumber : COMES
penterjemah : Osman