Jumaat, 24/11/06 –Sumber yang diperolehi dari penduduk Palestin melaporkan bahawa dua orang pejuang Salah Ed Deen Brigades, sayap bersenjata Jihad Muslim, telah terbunuh manakala tiga penduduk mengalami kecederaan, pada hari petang Khamis selepas tentera udara rejim Zionis melancarkan peluru berpandu terhadap kenderaan yang mereka naiki di Gaza City.
Tentera rejim Zionis mengesahkan serangan itu yang disasarkannya kepada dua orang pejuang itu. Dua orang mangsa itu ialah pemimpin bagi briged di bahagian utara Semenanjung Gaza yang dikenali sebagai Fayiq Abu Al Qomsan dan penolongnya Mahmoud Al Basyouni.
Kejadian itu berlaku,di mana ketika mereka memandu kenderaan Subaru berdekatan Sekolah Ahmad Al Shoqeiry di bandar Sheikh Zayid,Utara Semenanjung Gaza. Dr. Moawiya Hassanen, Ketua Unit Ketua Unit Kecemasan di Kementerian kesihatan Penduduk Palestin menyatakan anggota badan mereka mengalami kecederaan yang teruk.