
Selasa, 06-05-2014 – Dr. Mustafa Barghouthi, Ketua Setiausaha untuk Palestinian National Initiative, menyatakan bahawa percubaan Perdana Menteri Kerajaan Haram Israel, Benjamin Netanyahu, untuk menggubal satu undang-undang asas yang menyatakan bahawa Israel adalah ‘negara bangsa Yahudi’ menjadi bukti kepada sistem apartheid Israel.
Dalam satu kenyataan beliau pada Jumaat lepas, Barghouthi berkata undang-undang tersebut mengancam hak-hak sejarah rakyat Palestin dan membuka laluan kepada dasar penjajahan Israel. “Undang-undang ini menafikan dakwaan bahawa Israel merupakan sebuah negara demokratik dan mengukuhkan lagi unsur diskriminasi dan perkauman yang wujud pada kurun ke-21 ini”, tambah beliau lagi.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nur syarira