
Jumaat , 16-05-2014 – Menteri Awqaf dan Hal Ehwal Agama di Gaza, Dr Ismail Redwan, menekankan kepentingan untuk mempertahankan tempat suci Islam di Palestin terutama Masjid al-Aqsa berikutan siri serangan dari tentera Israel dan peneroka Israel beserta pencabulan keatas tempat suci tersebut.
Dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan pada hari Khamis, Dr Redwan menegaskan bahawa 1300 peneroka Israel dan tentera Israel telah menyerbu Masjid al-Aqsa pada bulan April, manakala 70 rakyat Palestin dilarang untuk ke masjid pada tempoh masa yang berbeza 70 yang lain cedera dalam serangan oleh Israel.
135 penduduk Baitulmuqaddis ditahan dalam bulan April, katanya, ia menunjukkan bahawa penduduk Baitulmuqaddis masih tertakluk kepada pencabulan kejam oleh Israel dan serangan ke atas hakmilik dan kebebasan beribadat adalah sebahagian daripada skim yahudi Israel.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : mardhiah