Haneya Mulakan Lawatan ke Negara Jiran.


Rabu, 29/11/06 –
Pihak ibu pejabat Perdana Menteri Palestin, Isnin (27/11) menyatakan, Ismael Haneya akan memulakan lawatan ke beberapa negeri jiran untuk mendapatkan sokongan
politik dan dana.


Namun dinyatatakan bahawa beliau tidak akan melalui pintu masuk Rafah kerana pintu
masuk tersebut di tutup kepada rakyat Palestin. Beliau tidak mahu melalui laluan
tersebut hanya kerana beliau seorang ketua negara.

Menurut sumber tadi, Haneya akan mengunjungi beberapa negara Arab dan Islam seperti,
Mesir, Saudi, Syria, Lebanon, Qatar, Kuwait, dan Iran. Beliau akan diiringi ketua
pejabat perdana menteri, Dr. Muhammad al-Madhun dan jurucakap kerajaan, Dr. Ghazi
Hamdi.

Di pihak lain, Haneya menyatakan bahawa kunjungannya bertujuan mendapatkan sokongan
negara-negara Arab berkenaan tindakan peminggiran dan embargo (khususnya kuasa besar
dunia) terhadap rakyat dan kerajaan Palestin. Kunjungan ini dilakukan semata-mata
demi rakyat dan meningkatkan hubungan antara Palestin dan negara-negara sahabat.

Kunjungan ini merupakan yang pertama dilakukan perdana menteri, sejak beliau
menjawat jawatan sebagai ketua negara. Sementara itu pihak ibu pejabat kerajaan
Palestin menyebutkan bahawa pintu masuk Rafah akan dibuka hari ini (Selasa 28/11).

Haneya menegaskan, hak minima yang harus diperolehi bangsa Palestin adalah pendirian
negara di atas tanah jajahan 1967. Dalam pada itu, beliau menolak pernyataan Ehud
Olmert yang meminta Palestin mengikuti pelan damai yang dirancang Amerika serta
tunduk kepada persyaratan Kumpulan Kuartet.

Beliau juga menegaskan tentang pentinganya menghentikan permusuhan Israel di seluruh
wilayah Palestin. Beliau mendukung sikap kumpulan-kumpulan Palestin yang mengancam
akan menolak perjanjian gencatan senjata, jika Israel terus melakukan tindakan
ganasnya di Tebing Barat.