Potret kehidupan di Rafah


Ini adalah cerita Talal Abu Lebda dan keluarganya ….

Talal kehilangan ibubapanya seawal usia 10 tahun. Selepas berkahwin, dia jatuh sakit dan tidak mampu utk bekerja. Jadi hilanglah punca pendapatan keluarganya. Abangnya sempat membantu beliau, namun ajalnya sampai pada umur 26 tahun. Kakaknya mati dibunuh pengganas Israel apabila rumahnya dibedil kereta kebal.

Selepas itu mereka tiada rumah. Mereka tinggal di khemah yg seperti gua yang tidak dapat melindungi mereka drpd cuaca sejuk.


Rezka, 11 tahun berkata
“Keadaan kami amat teruk, cuaca amat sejuk. Di sekolah, mereka mengutip derma utk saya utk membeli jaket. Saya berasa sangat malu, terasa seperti peminta sedekah. Ayah saya sedang sakit dan kami semua perempuan dalam keluarga ini.”