PANAS !! Ehud Olmert Mengaku Mempunyai Senjata Nuklear


Rabu, 13/12/06 –
Pertama kalinya di hadapan khalayak umum, Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert mengakui bahawa Tel Aviv mempunyai kekuatan tenaga nuklear, suatu yang begitu dirahsiakan oleh kerajaan Israel.

Olmert yang kini dalam rangka lawatan ke Berlin memberitahu TV German dalam wawancara mengenai kecaman terbuka Iran yang mahu Israel dihapuskan dari peta dunia. “Jadi, adakah anda bersetuju jika Iran mempunyai senjata nuklear seperti USA, Perancis, Israel dan Rusia.”

Negara Hebrew itu seringkali meninggalkan persoalan mengenai tenaga nuklear negaranya apabila ditanya meskipun berpuluh artikel dalam media barat memperkatakan mengenainya. Mereka menganggarkan bahawa Israel mempunyai lebih kurang 200 hingga 300 bom atom. Pegawai rasmi Israel dan penyokong-penyokongnya terus menghukum Olmert di atas kenyataannya serta enggan menyifatkan kejadia itu sebagai ‘terlepas cakap’. Mereka juga menuntut Olmert meletak jawatan.

Setiausaha pertahanan Amerika yang baru memberitahu Kongres bahawa Iran cuba mmeperkuatkan keupayaan nuklearnya kerana Israel sendiri memiliki tenaga nuklear. Seorang jurutera Israel yang pernah bekerja di reaktor nuklear Dimona milik Israel telah menghebahkan mengenai kegiatan ketenteraan atom Israel 20 tahun yang lalu. Beliau telah diculik oleh agen perisikan Israel di Itali sebelum dipenjara selama 18 tahun kerana mendedahkan rahsia kerajaan. Beliau juga tidak dibenarkan bercakap kepada media selepas pembebasannya.