
Rabu , 09-07-2014 – Wakil dari Institut Perubatan Forensik Palestin yang bertanggungjawab memeriksa mayat seorang budak yang dibunuh, Mohamed Abu Khudair telah melaporkan bahawa punca kematian serta-merta tersebut adalah disebabkan terbakar dengan bahan yang mudah terbakar.
Badan penyelidik turut melaporkan bahawa laporan awal bedah-siasat menunjukkan bahawa terdapat asap hitam dan debu api dari kesan pembakaran tubuhnya dalam salur penafasan mangsa. Penemuan ini menunjukkan bahawa mangsa telah dibakar hidup-hidup. Selain itu, laporan juga menunjukkan mangsa telah mengalami luka di kepala.
Beberapa sampel seperti cecair dan tisu telah diambil untuk kajian makmal yang lebih mendalam untuk melengkapkan laporan perubatan secara sah.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : fauzan
One reply on “Laporan bedah-siasat: Abu Khudair telah dibakar hidup-hidup”
Ya Allah, betapa kejamnya israel ! Mereka seperti iblis!