Categories
Berita Semasa

Peneroka Yahudi merampas tanah milik Palestin di bawah perlindungan tentera di bandar Arrabah

Jumaat , 11-07-2014 – Sebilangan besar peneroka Yahudi di bawah perlindungan tentera pada hari Selasa merampas sebuah kawasan besar tanah milik Palestin di bandar Arrabah, selatan Jenin, dan memulakan kerja-kerja untuk meratakan tanah dan menumbangkan pokok-pokok zaitun di kawasan tersebut.

Sumber tempatan memberitahu pusat maklumat Palestin (PIC) bahawa tentera dan peneroka bersenjata mengepung kawasa dan menghalang pemiliknya dari memasuki kawasan tersebut.

Mereka menambah bahawa peneroka Yahudi mengambil tanah tersebut sebagai sebahagian dari usaha mereka untuk merampas tanah milik Palestin berhampiran penempatan Dotan dan untuk mengembangkannya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : mardhiah

One reply on “Peneroka Yahudi merampas tanah milik Palestin di bawah perlindungan tentera di bandar Arrabah”

Comments are closed.