Rabu , 16-07-2014 – 8 orang awam Gaza, termasuk wanita dan kanak-kanak telah dibunuh dan yang lain mengalami kecederaan dalam serangan udara Israel pada subuh Khamis di sebuah rumah di kejiranan Jouret Akkad di kem pelarian Khan Younis.
Sumber tempatan memberitahu Pusat Maklumat Palestin (PIC) bahawa sebuah pesawat perang Israel tanpa sebarang makluman membom sebuah rumah milik keluarga Al-Hajj di kawasan populasi padat di kem Khan Younis.Serangan udara tersebut membunuh 8 orang awam, termasuk 4 wanita dan 2 kanak-kanak. Warga dan pekerja pertahanan awam telah berusaha mencari lebih ramai mangsa dalam timbunan runtuhan kesan bom.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor idawati
3 replies on “8 orang awam terbunuh, kebanyakkannya wanita dan kanak-kanak dalam serangan udara oleh Israel pada waktu Subuh”
i love islam…. saudaraku adelah semua orang islam..
Ya Allah…selamatkan dan lindungilah rakyat palestine dari kekejaman palestine.
Ya Allah…selamatkan dan lindungilah rakyat palestine dari kekejaman israel laknat.