Categories
Berita Semasa

Oxfam : Krisis Gaza Semakin di Luar Kawalan

Selasa, 05-08-2014 – Oxfam memberi amaran bahawa krisis di Gaza yang semakin di luar kawalan dengan bekalan air yang sangat sedikit bakal mencetuskan krisis kesihatan penduduk. Kegagalan gencatan senjata yang baru diumumkan membayangkan banyak lagi nyawa berada dalam keadaan berisiko.

Keadaan semakin terdesak dengan kesesakan di sekolah-sekolah dan bangunan-bangunan yang memberi perlindungan kepada hampir 450,000 orang penduduk. Ramai penduduk yang hanya mendapat 3 liter bekalan air bersih sehari, jauh daripada standard kecemasan antarabangsa yang ditetapkan. Kemusnahan yang teruk terhadap bekalan air, sistem pembentungan dan elektrik telah mengurangkan bekalan air kepada keseluruhan 1.8 juta penduduk Gaza. Tumpahan sisa kumbahan bakal mencemarkan punca bekalan air dan ancaman penyakit berjangkit semakin meningkat. Sudah terdapat 30 kes meningitis, penyakit kulit di kalangan kanak-kanak dan gastroenteritis yang sudah dilaporkan.

Pihak Oxfam dan rakan setempat sedang bekerja keras untuk membekalkan bekalan air bersih 70,000 penduduk, namun begitu kemusnahan teruk infrastruktur dan pengeboman yang berterusan dari Israel mengganggu tugasan petugas misi memberi bantuan, mereka perlu berusaha untuk memenuhi sekurang-kurangnya keperluan asas.

sumber : IMEMC News
penterjemah : zihan