
Selasa, 05-08-2014 – Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza melaporkan sekurang-kurangnya lapan orang rakyat Palestin terbunuh pada waktu subuh hari Ahad manakala ramai yang tercedera, sebahagiannya mengalami kecederaan serius dalam satu serangan berterusan Israel ke atas rumah-rumah orang Palestin di Semenanjung Gaza.
Dilaporkan sekurang-kurangnya lima orang rakyat Palestin, termasuk dua kanak-kanak dan ibu mereka telah dibunuh dan 25 lagi mengalami kecederaan selepas tentera Israel melepaskan tembakan peluru berpandu ke arah rumah yang dimiliki oleh Abu Jazar dan Sha’e r di Rafah di selatan Semenanjung Gaza.
Mereka telah dikenalpasti sebagai:
1. Fares Abu Jazar, 2, Rafah
2. Maria Abu Jazar, 2, Rafah
3. Amani Abu Jazar, 23, Rafah
4. Issa Sha’er, Rafah
5. Saed Mahmoud al-Lahwani, Rafah
Dua lagi rakyat Palestin telah terbunuh apabila tentera Israel menyerang rumah mereka di Jabalia di utara Gaza, manakala ramai tercedera, kesemua mangsa telah dipindahkan ke hospital Kamal Adwan dan Kuwaiti.
Mangsa yang terbunuh telah dikenalpasti sebagai:
1. Hater Abdul-Rahman Wahdan, 50, Jabalia
2. Seniora Wahdan, 27, Jabalia
sumber : IMEMC News
penterjemah : nur syarira