Categories
Berita Semasa

MoH: Demi kemanusiaan, hentikan penyembelihan oleh Israel terhadap mereka yang tidak bersalah di Gaza

Jumaat, 08-08-2014 – Kementerian Kesihatan Gaza menyelar sekeras-kerasnya ­pelanggaran gencatan senjata dalam pembunuhan keluarga Al-Bakri di kem pelarian Al-Shaati di barat bandar Gaza, membunuh seorang kanak-kanak berusia 8 tahun dan mencederakan 30 orang yang lain, kebanyakkannya wanita dan kanak-kanak.

Serangan terhadap kediaman yang berada di kawasan paling padat penduduk beberapa minit selepas pelancaran gencatan senjata ternyata suatu tindakan yang telah dirancang dan disengajakan ke atas orang awam. Serangan itu merupakan tindakan biasa yang dilakukan Israel setiap kali perjanjian ditandatangani, sama ada gencatan sejata, perjanjian damai mahupun persidangan antarabangsa. Ia melanggar semua undang-undang kemanusiaan yang mana boleh dilihat sebagai kebencian sebenar oleh rejim Israel .

sumber : IMEMC News
penterjemah : nur idawati