Categories
Berita Semasa

7 Diculik Di Tebing Barat, Baitul Maqdis

Jumaat, 08-08-2014 – Menurut laporan daripada sumber tempatan dan keselamatan, tentera Israel telah menculik 5 warga Palestin di al-Khalil (Hebron) dan Baitul Laham, serta menculik dua orang yang lain di Baitul Maqdis, Tebing Barat yang dijajah.

Tentera penjajah itu menculik seorang warga Palestin berumur 43 tahun di al-Khalil ketika beliau sedang melepasi pusat pemeriksaan Israel di Selatan Baitul Maqdis.

Sementara itu, menurut laporan WAFA, sepasukan tentera Israel memasuki bandar Bait Umar, utara al-Khalil ketika Subuh apabila mereka menyerbu dan menggeledah beberapa buah rumah, melepaskan bom stun dan gas pemedih mata terhadap penghuni rumah itu.

Dua orang remaja Palestin berumur 21 dan 23 tahun telah ditahan ketika pertempuran itu.

Di perkampungan Nahalin, barat Baitul Maqdis, tentera penjajah menculik dua remaja berumur 17 dan 18 tahun selepas menyerbu dan menggeledah rumah mereka. Selain itu, tentera penjajah mengeluarkan perintah kepada remaja berumur 25 tahun supaya menghadirkan dirinya ke kem tentera berdekatan untuk disoal siasat.

Dua orang penduduk Baitul Maqdis yang lain telah ditahan oleh Polis ISrael berikutan serbuan yang lebih kurang sama. Mereka telah dibawa untuk disoal siasat di pusat tahanan berhampiran.

Bethlehem and Hebron are a part of the Palestinian territories which have been illegally occupied by Israel since 1967.

Baitul Laham dan al-Khalil merupakan sebahagian tanah Palestin yang telah dijajah secara haram oleh Israel sejak 1967.

Lebih daripada 550,000 rakyat Israel dan rakyat Israel yang memiliki dua kewarganegaraan kini tinggal di penempatan haram meliputi timur Baitul Maqdis, di antara dan mengelilingi perkampungan Palestin.

Selain itu, lebih daripada 800,000 rakyat Palestin telah ditahan oleh Israel sejak 1967.

sumber : IMEMC News
penterjemah : redz