Jumaat, 08-08-2014 – Penduduk Gaza menghadapi rintangan besar untuk mengakses penjagaan asas kesihatan, dengan hanya 10 daripada 56 klinik Penjagaan Kesihatan utama kerajaan beroperasi, lapan daripada UNRWA ini 22 klinik masih dibuka dan kebanyakan klinik NGO ditutup.
Sebahagian besar mangsa tidak mempunyai akses langsung kepada perkhidmatan penjagaan asas kesihatan. Ini adalah pada keadaan apabila terdapat masalah kesihatan awam yang genting yang timbul daripada serangan Israel yangmengancam kesihatan seluruh penduduk.
Pemusnahan satu-satunya loji janakuasa Gaza menjadikan sistem kumbahan tidak berfungsi. Ketiadaan elektrik digabungkan dengan kemusnahan sekurang-kurangnya 16 telaga air telah meninggalkan 1.8 juta orang tanpa akses kepada air, menurut laporan terbaru OCHA .
sumber : IMEMC News
penterjemah : nur diana
One reply on “Meletusnya Penyakit Berjangkit di Gaza Ancam Kesihatan Awam.”
[…] Meletusnya Penyakit Berjangkit di Gaza Ancam Kesihatan Awam … […]