Categories
Berita Semasa

Al Nakhaala: Gencatan Jangka Panjang Akan Diumumkan

Selasa, 19-08-2014 – Timbalan Setiausaha Agung kumpulan Jihad Islami Palestin, Ziad al-Nakhaala berkata pada Khamis bahawa gencatan senjata jangka panjang termasuk dengan penamatan kepungan ke atas Gaza akan diumumkan kemudian, menekankan bahawa proses rundingan menunjukkan perkembangan yang baik.

Menurut Agensi Berita Ma’an: “Pengumuman itu datang setelah Israel dilaporkan menggugurkan tuntutan agar kumpulan militant Palestin di Gaza meletakkan senjata, dan bersetuju dengan tuntutan delegasi Palestin agar menghentikan sekatan ekonomi yang telah berlansung selama 8 tahun ke atas Semenanjung Gaza.

Al-Nakhaala berkata, pada Khamis, terdapat perkembangan dalam rundingan yang sedang berlansung di Kaherah, dan persetujuan telah dicapai tentang pembukaan laluan Gaza untuk kemasukan barang-barang, perluasan zon nelayan dan penamatan zon keselamatan yang digariskan oleh Israel dan meliputi 20 peratus wilayah Semenanjung Gaza.

sumber : IMEMC News
penterjemah : nur idawati