Categories
Berita Semasa

Lima termasuk seorang wartawan Itali terbunuh di Gaza

Selasa, 19-08-2014 – Sekurang-kurangnya lima terbunuh dan enam lagi cedera parah apabila sebiji peluru berpandu Israel yang tidak meletup akhirnya meletup di Lahiya, Utara Gaza, menurut saksi dan jurucakap daripada Kementerian Kesihatan. Pihak Israel telah melanggar gencatan senjata 72 jam buat kali kedua dengan menembak perahu nelayan Palestin berdekatan Rafah.

Lima Mangsa yang telah dikenalpasti adalah :
1. Camille Simon, wartawan Itali, 37.
2. Bilal Mohammad Sultan, 27. (Leftenan)
3. Taiseer Ali al-Houm, 40. (Kor Kejuruteraan)
4. Hazem Abu Morad, 38. (Timbalan Ketua Kor Kejuruteraan)
5. Ali Shihda Abu Afsh (Wartawan).

Abu ‘Afesh ialah seorang wartawan Palestin yang bekerja dengan Pusat Kebebasan Media Doha, dan juga seorang penterjemah. Jurukamera, Hatem Mousa, yang bekerja dengan Associated Press dan Agensi Berita dan Maklumat Palestin (Palestinian News & Info Agency (WAFA)), turut tercedera, menurut WAFA. Mayat dan mereka yang tercedera telah di hantar ke Hospital Kamal Adwan, lapor Agensi Berita Ma’an.

sumber : IMEMC News
penterjemah : zihan