Isnin, 25-08-2014 – Wakil Bangsa-Bangsa Bersatu di Timur Tengah, Robert Serry memberitahu Majlis Keselamatan PBB pada hari Isnin bahawa Semenanjung Gaza telah mengalami jumlah kemusnahan yang belum pernah berlaku sebelum ini akibat pengeboman selama sebulan oleh Israel dan penaklukan kawasan pantai.
Serry melaporkan bahawa bilangan rumah dan bangunan apartmen yang musnah atau rosak teruk dalam serangan Israel adalah sebanyak 16,800
buah. Sebaliknya, ada rumah penduduk Israel telah rosak teruk oleh roket Palestin semasa pencerobohan Israel selama sebulan di Gaza.
Serry menyatakan dalam laporannya bahawa bilangan rumah yang musnah adalah tiga kali lebih besar daripada ‘Operasi Cast Lead’ dalam
2008/9. Operasi pada masa itu, menyaksikan kerosakan yang paling teruk yang dialami oleh penduduk di Semenanjung Gaza sejak penubuhan negara Israel di atas tanah Palestin pada tahun 1948, apabila lebih 450 buah kampung dan bandar-bandar Palestin telah musnah dan penduduk mereka telah menjadi pelarian – banyak daripada mereka berakhir di Gaza.
sumber : IMEMC News
penterjemah : sham