Penentangan dan gas pemedih mata

Khamis, 28-08-2014 – Lewat bulan Mei [2013], udara semakin menyesakkan. Haba dapat dirasakan keluar dari laluan pejalan kaki dan anak-anak muda Khalili, meskipun telah terbiasa dengan keadaan sebegini, kelihatan mengesat titisan peluh dari dahi mereka dalam perjalanan pulang dari sekolah. Beberapa langkah menuju kejiranan Tel Rumeida, mereka terpaksa melalui Checkpoint 56 yang dibina secara rasmi oleh Israel di
kawasan kawalan seperti yang dipersetujui dalam Perjanjian Hebron.

Tentera Israel akan menggeledah beg-beg mereka dan menahan seorang daripada mereka, kemudian melepaskan tahanan tersebut sejam kemudian kerana ketiadaan sebab yang kukuh; ini merupakan satu bentuk gangguan yang biasa bagi anak-anak muda ini. Pada satu ketika, sebuah bas sekolah akan melalui jalan tersebut. Bas dilabel dengan tulisan Hebrew dan Bahasa Inggeris sebagai ‘Air-conditioned Video’.

Bas ini dikhaskan hanya untuk kanak-kanak dari penempatan Israel, manakala kebanyakan penduduk Palestin tidak dibenarkan untuk menggunakan kenderaan di Tel Rumeida. Perkataan ‘apartheid’ memang sering digunakan untuk mengkritik sifat perkauman dan dasar
pengasingan kerajaan Israel. Tetapi bagaimanakah keadaan sebenar apartheid ini? Sepanjang tinggal di kawasan Khalil yang berada di bawah jajahan tentera Israel selama beberapa bulan, saya telah mengalami sendiri jawapan bagi soalan tersebut. Selebihnya adalah apa yang telah dilalui oleh ahli perniagaan lelaki dan wanita, kanak-kanak sekolah, petani dan pengembala yang telah hidup di bawah
penjajahan Israel yang berterusan selama empat puluh tahun ini.

sumber : IMEMC News
penterjemah : nur syarira