Categories
Berita Semasa

Polis Israel menculik 8 orang di Baitulmuqaddis

Selasa, 02-09-2014 – Polis dan tentera rejim Israel menyerbu pada subuh Rabu pelbagai kejiranan Palestin di timur Baitulmuqaddis dan menggeledah sejumlah kediaman serta menculik 8 warga Palestin.

Amjad Abu ‘Asab, ketua jawatankuasa Keluarga Tahanan Politik Palestin Baitulmuqaddis berkata puluhan tentera menceroboh kem pelarian Shuf’at dan menculik 3 rakyat Palestin setelah menggeledah rumah mereka.

Beliau menambah bahawa pihak tentera turut menculik 2 rakyat Palestin di kejiranan Beit Hanina dan 3 lagi di kota lama Baitulmuqaddis dan memindahkan mereka yang diculik ke pusat penyiasatan di Maskobiyya. Beliau turut berkata, tentera menyerbu rumah bekas tahanan politik, En’am Qalanbo, di kota lama dan menculiknya kerana menyertai perarakan menyokong Gaza.

sumber : IMEMC News
penterjemah : nuridawati