Categories
Berita Semasa

Abbas Rencana Pelan 3-peringkat untuk Negara Palestin Merdeka.

Jumaat , 05-09-2014 – Menurut Palestinian News Network (PNN), sumber Palestin telah mengesahkan bahawa Presiden Mahmoud Abbas akan menjalankan satu pelan yang terdiri daripada 3 peringkat dengan matlamat akhir untuk mencapai kemerdekaan negara Palestin.

Sumber tersebut memberitahu surat khabar ‘Middle East’ yang berpusat di London bahawa Abbas bercadang memberi masa sehingga empat bulan kepada Amerika Syarikat untuk mentakrifkan sempadan bagi negara Palestin, dan meminta Israel menyediakan sebuah peta yang menunjukkan
sempadan-sempadan Israel, sebelum rundingan berjalan.

Sekiranya Israel menolak untuk mentakrifkan sempadan-sempadan ini, kepimpinan Palestin merancang untuk membawa isu ini ke Majlis Keselamatan PBB di bawah naungan negara-negara Arab, bagi meminta Israel keluar dari kawasan Palestin yang dijajah pada tahun 1967.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syarira

One reply on “Abbas Rencana Pelan 3-peringkat untuk Negara Palestin Merdeka.”

Comments are closed.