
Selasa , 09-09-2014 – Perunding Palestin bertemu dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat John Kerry selama dua jam untuk perbincangan membina mengenai hubungan masa hadapan dengan Israel, kata pegawai Amerika Syarikat.
Menurut AFP (Ma’an), ini merupakan perbincangan secara berdepan kali pertama Kerry dengan perunding Palestin semenjak kegagalan Washington untuk menyelesaikan perbalahan di antara militan Israel dan Palestin di Semenanjung Gaza pada Julai lalu.
Dalam perbincangan terbaru tersebut, jurucakap Jabatan Negara Jen Psaki berkata: ‘Ini merupakan satu perbincangan membina yang merangkumi banyak aspek termasuklah isu Gaza, hubungan Israel-Palestin dan perkembangan terbaru di wilayah itu.” Dia turut menambah bahawa perbincangan selanjutnya akan diadakan pada minggu akan datang.
sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : nur syarira