Categories
Berita Semasa

Rakyat Palestin meninggal akibat kecederaan yang dialami ketika perang Israel ke atas Gaza

Rabu , 10-09-2014 – Sumber perubatan Palestin melaporkan pada Isnin yang seorang pemuda meninggal akibat kecederaan serius yang dialami ketika pengeboman oleh Israel di Rafah, di selatan Semenanjung Gaza dalam serangan Israel di kawasan pantai.

Sumber menyatakan, Mohammad Ibrahim ar-Reyati, 22 tahun, meninggal di Hospital Mesir setelah tidak dapat menahan lagi penderitaan kecederaannya. Beliau cedera teruk pada 18 Julai apabila tentera udara rejim Israel menembak peluru berpandu ke arah sejumlah kediaman di Rafah, di mana sejumlah rakyat Palestin cedera dan terbunuh dalam serangan itu.

Pada Ahad, seorang pemuda Palestin yang dikenali sebagai Mahmoud Suleiman Sheikh Eid, dari Rafah, di kawasan selatan Semenanjung Gaza meninggal di hospital di Rafah. Eid mengalami kecederaan serius manakala sejumlah rakyat Palestin terbunuh dan puluhan lagi cedera ketika serangan ke atas kawasan kediaman di Rafah.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : nuridawati