
Rabu , 10-09-2014 – Sumber perubatan di Baitulmuqaddis telah melaporkan bahawa berpuluh-puluh penduduk telah cedera, pada petang Isnin , selepas tentera Israel dan pegawai-pegawai polis menyerang perarakan pengebumian seorang remaja Palestin yang meninggal dunia akibat kecederaan serius yang dialami, selepas ditembak oleh askar, minggu lepas .
Remaja Palestin yang dibunuh telah dikenal pasti sebagai Mohammad Sonnoqrot , 16 tahun.
Sumber media di Baitulmuqaddis berkata keluarga dan beratus-ratus rakyat Palestin telah mengadakan solat jenazah di masjid al -Aqsa , sebelum berarak ke arah tanah perkuburan untuk upacara pengebumian. Walau bagaimanapun, pihak polis dan tentera menyerang perarakan, menembak bom gas dan beberapa peluru hidup , menyebabkan berpuluh-puluh kecederaan di kalangan rakyat Palestin.
sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : nor syuhada
One reply on “Jerusalem : Kecederaan dilaporkan di Upacara pengebumian Remaja Palestin yang Dibunuh Oleh Tentera Penembak”
Keep this going please, great job!
My homepage; Las Vegas Refrigerator Service