Categories
Berita Semasa

Seorang Cedera dalam Protes di Kufr Qaddum

Rabu , 10-09-2014 – Sejak 2011, penduduk kampung daripada Kufr Qaddum melakukan demonstrasi pada setiap hari Jumaat menentang tentera Israel. Tanah di Kampung Kufr Qaddum telah banyak dirampas oleh pembangunan penempatan haram Isrel, Qedumin dan pada 2003 jalan utama yang menghubungkan Kufr Qaddum dan Bandar Nablus telah ditutup untuk rakyat Palestin.

Di jalan utama inilah penduduk kampung cuba berarak setiap Jumaat, dan selalunya berhadapan dengan kekejaman ekstrim tentera Israel dan pengawal sempadan.

Semasa protes pada Jumaat, 5 September, seorang remaja Palestin telah ditembak di kaki dan dikejarkan ke Hospital dengan ambulan Bulan Sabit Merah. Berpuluh demonstran dan aktivis yang bersimpati dengan mereka menderita akibat menyedut asap pemedih mata secara berlebihan di mana tentera menembaknya dengan banyak. Di samping itu, banyak gas pemedih mata ditembak bertalu-talu daripada kenderaan tentera.

Banyak kanister pemedih mata ditembak terus kepada demonstran, yang mana perbuatan itu sangat bahaya dan bertentangan dengan prosedur ketenteraan Israel yang mengarahkan kanister ditembak ke atas untuk mengurangkan kelajuannya.

sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : redz