Sempadan Rafah dibuka semula.


Selasa, 23/01/07 –Sumber Palestin menyebut bahawa sempadan Rafah di selatan Jalur Gaza telah dibuka semula pagi Isnin lalu (22/1/07) dan akan dibuka sehingga jam 5 petang setiap hari.


Sumber itu menyebut lagi , sempadan itu hanya dibuka untuk rakyat Palestin yang terperangkap
di kawasan Egypt dan ingin memasuki Jalur Gaza.

Rejim Zionis telah membuka sempadan tersebut dalam jangka masa yang singkat 2 minggu lalu bagi membenarkan rakyat Palestin yang datang dari Jalur Gaza untuk menunaikan haji di Mekkah di Arab Saudi.

Minggu lalu, Leftenan Jeneral Pietro Pistolese, ketua pemerhari EU di sempadan Rafah, menggesa rejim Zionis membuka sempadan Gaza-Egypt kepada ratusan rakyat Palestin yang menunggu di luar. Sebaliknya, rejim Zionis tidak menghiraukan agak gesaan tersebut malah menambah bilangan tentera di sempadan tersebut.

Beberapa orang telah dilaporkan mati ketika berada di sempadan tersebut kerana mereka ingin mengambil bekalan ubatan yang tiada di Jalur Gaza.