Gaji kakitangan awam Palestin akan dibayar Ahad ini.


Khamis, 25/01/07 –
Ketua Kesatuan Pekerja Awam, Bassam Zakarna, menyatakan semalam (24/1/07) bahawa gaji pekerja
awam dan pekerja keselamatan akan dijelaskan Ahad akan datang melalui bank.


Zakarna merayu kepada pekerja2 agar tidak mendengar khabar2 angin sebaliknya mengikut arahan rasmi
yang dikeluarkan oleh pihak kesatuan. Beliau menambah tarikh serahan gaji tersebut adalah muktamad tetapi
jika pihak kementerian tidak melaksanakan perjanjian yang telah diwartakan itu, para pekerja akan meneruskan
bantahan.